suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Aplikasi Bas Perantara Bakal Diperkenal - Tiong Lai

Liow Tiong Lai.

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan akan memperkenalkan satu aplikasi baharu bagi membolehkan pengguna pengangkutan awam mendapatkan maklumat mengenai jadual bas perantara, bermula suku ketiga tahun ini. 

Menterinya, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, aplikasi yang sedang dibangunkan tersebut akan dapat diakses secara dalam talian menggunakan telefon pintar.

"Apabila dilancarkan, aplikasi ini akan memudahkan orang ramai menggunakan perkhidmatan bas perantara seperti yang telah dilaksanakan sekarang untuk kemudahan GrabCar dan Uber.

"Pengguna hanya perlu memasukkan data, contohnya dari Kuala Lumpur ke Lembah Klang, dan mereka boleh tahu di mana bas berada, bas perantara apa yang melalui laluan tersebut kerana semua perkhidmatan bas awam berdaftar dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD)," katanya selepas merasmikan Ekspo Hartanah Malaysia di sini, Sabtu.

Dalam pada itu, Liow berkata projek Bas Rapid Transit (BRT) dari Kuala Lumpur ke Klang dijangka akan dimulakan tahun ini dan siap pada 2020.

"Tender untuk projek ini telah dibuka dan akan ditutup pada Mei ini...kami jangkakan pembinaan BRT  KL-Klang dengan 26 stesen melalui jalan persekutuan ini akan memakan masa dua hingga tiga tahun," katanya.

Ekspo Hartanah Malaysia yang dianjurkan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) ​​​​diadakan ​selama tiga hari bermula Jumaat.

Ia melibatkan 50 pempamer yang terdiri daripada pemaju hartanah. - Bernama

Artikel Lain