suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

SPRM Tahan Pegawai Kanan Beras Kelantan

KOTA BHARU: Seorang pegawai kanan Bahagian Kawal Selia Padi dan Beras Negeri Kelantan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima suapan sebanyak RM3,500.

Pengarah SPRM Kelantan Datuk Moh Shamsuddin Yusof berkata pegawai kanan berusia 56 tahun itu ditahan pada 3.30 petang Khamis di sebuah restoran di sini.

Beliau berkata pegawai kanan itu ditahan reman enam hari mulai Khamis untuk siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

"Turut ditahan adalah tiga pegawai penguat kuasa bahagian itu yan gberusia dalam lingkungan 30-an bagi membantu siasatan kes sama.

"Bagaimanapun, merela dibebaskan petang tadi selepas diambil keterangan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Keempat-empat suspek itu ditahan SPRM kerana disyaki meminta dan menerima rasuah sebanyak RM3,500 daripada seorang pengadu sebagai dorongan untuk mengeluarkan pas memindah beras dari Kelantan ke Perak selain wang 'salam perkenalan'. -Bernama

Wang Salam Perkenalan, SPRM

Artikel Berikut

Artikel Lain