suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pekerja Hotel Dipenjara Tiga Bulan Tumbuk Kepada Isteri

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang menumbuk kepala isterinya setelah mengesyaki wanita itu mempunyai hubungan dengan lelaki lain, dihukum penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, Rabu.

Majistret Ahmad Solihin Abd Wahid menjatuhkan hukuman itu terhadap pekerja sebuah hotel, Alias Ambo, 38, selepas dia mengaku bersalah menyebabkan kecederaan kepada Andi Hartina Andi Anwar, 39.

Mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani hukuman itu bermula daripada tarikh dia ditangkap pada 9 April lepas.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah flat DBKL di Jalan Loke Yew di sini pada 5 petang, 9 April lepas, mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum setahun atau dengan denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh dan isterinya bertengkar setelah dia mengesyaki wanita itu mempunyai hubungan dengan lelaki lain.

Tertuduh telah menumbuk kepala isterinya sebanyak dua kali menyebabkan wanita itu membuat laporan polis.

Terdahulu, ketika rayuan, tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan dia perlu menyara isterinya yang tidak bekerja dan tiga anak termasuk dua daripadanya mempunyai masalah kesihatan dan memerlukan rawatan.

"Minta ringankan hukuman saya...saya janji tak lakukan lagi," katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Norelynna Hanim Abd Halim bagaimanapun memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal bagi memberi pengajaran kepada tertuduh kerana sebagai suami, dia seharusnya melindungi isteri dan tidak sesekali menggunakan kekerasan fizikal. -Bernama

Tumbuk kepada isteri

Artikel Lain