suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Reman Bookie Disambung, Pemain Dibebaskan

PUTRAJAYA: Reman terhadap seorang bookie disambung selama lima hari bermula pada Khamis bagi membantu siasatan rasuah berhubung isu mengatur keputusan perlawanan Liga Perdana membabitkan kelab Majlis Sukan India Malaysia-Persatuan Bola Sepak India Malaysia (MISC-MIFA).

Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab Rahman mengeluarkan perintah reman itu di Mahkamah Majistret di sini terhadap lelaki berusia 49 tahun itu yang sebelum ini direman enam hari sejak 7 April lepas.

Bagaimanapun, tiga pemain kelab tersebut termasuk seorang pemain import yang direman sebelum ini dibebaskan dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebanyak RM50,000 setiap seorang.

Ketiga-tiga suspek, dua pemain tempatan masing-masing berusia 26 and 27 tahun dan pemain import Argentina berusia 29 tahun, direman tujuh hari sejak 6 April lepas.

Kesemua suspek tiba di mahkamah pada pukul 9.20 pagi ini dengan memakai baju lokap SPRM.

SPRM menahan bookie itu pada 5 April lalu selepas didakwa menawarkan sejumlah wang dengan nilai ribuan ringgit kepada pemain kelab itu untuk menentukan keputusan perlawanan Liga Perdana musim ini.

Kes disiasat mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 yang membawa kepada hukuman denda lima kali ganda nilai suapan dan penjara maksimum 20 tahun.

Menurut sumber, siasatan awal sebelum ini mendapati pemain berkenaan menerima antara RM10,000 hingga RM30,000 daripada bookie untuk mengatur perlawanan. - BERNAMA

reman, bookie, MISC-MIFA

Artikel Lain