Adun DAP Sokong Usul Umno Supaya Guan Eng Letak Jawatan - Semasa | mStar

Adun DAP Sokong Usul Umno Supaya Guan Eng Letak Jawatan

Teh Yee Cheu

GEORGE TOWN: Umno dilihat mendapat sokongan daripada sekutunya dalam usaha membawa usul bagi menggesa Ketua Menteri Lim Guan Eng meletak jawatan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Mei ini.

Adun DAP Tanjung Bungah Teh Yee Cheu berkata, cadangan itu adalah "perkara betul" yang perlu dilakukan dan menyatakan pendiriannya dari awal bahawa Guan Eng perlu berundur berikutan dakwaan rasuah terhadapnya.

"Sekurang-kurangnya beliau perlu bercuti sementara sehingga kes selesai," kata Yee Chew ketika diminta mengulas kenyataan usul yang dicadangkan oleh Ketua Umno Negeri Datuk Seri Zainal Abidin Osman.

"Ketua Menteri telah didakwa atas tuduhan rasuah dan oleh itu beliau perlu berundur agar siasatan berjalan lancar," katanya.

Ini bukan kali pertama Yee Chew melangkaui pangkat ketika persidangan DUN.

Pada bulan November 2015, dia turut menyokong usul Adun Umno  Pulau Betong, Datuk Muhammad Farid Saad yang menggesa untuk mengadakan pendengaran awam bagi penambakan tanah dan penggantungan semua penambakan baru sehingga kajian impak lautan, alam sekitar dan sosial dijalankan.

Yee Chew kemudiannya meminta maaf kepada partinya kerana menyokong usul dari Barisan Nasional itu.

Pada persidangan Mei tahun lalu, dia  membangkitkan usul untuk meminda perlembagaan negeri bagi menghadkan tempoh ketua menteri Pulau Pinang kepada dua penggal tetapi ditolak oleh Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Law Choo Kiang.

Yew Chew berkata dia tidak akan membentangkan usul itu lagi memandangkan Umno telah bercadang untuk berbuat demikian.

Teh Yee Cheu , Lim Guan Eng , DAP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain