suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kenyataan PAS Mahu Tanding 80 Kerusi Belum Muktamad - MB Kelantan

Ahmad Yakob.

PUTRAJAYA: Kenyataan Naib Presiden PAS, Idris Ahmad bahawa parti itu menyasarkan untuk bertanding 80 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum ke-14 masih di peringkat awal dan belum dimuktamadkan, kata Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob. 

"Kenyataan tersebut masih diberi secara umum dan masih belum spesifik kerana untuk bertanding kita mesti ada kekuatan.

"Kita akan terus melihat perkembangan-perkembangan lain di akhir nanti," katanya ditemui media selepas menghadiri Mesyuarat Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di sini, Selasa.

Mengenai hubungan PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ahmad berkata, perkara tersebut akan diputuskan dalam Muktamar PAS akan datang.

"Terpulang kepada pihak perwakilan ketika muktamar nanti," katanya.  

Mengulas desakan PAS untuk pembatalan lesen akhbar Nanyang Siang Pau yang memaparkan karikatur menghina Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia, Ahmad berkata ia adalah wajar. 

Akhbar itu menyiarkan karikatur itu di portalnya 8 April lepas. - Bernama

Artikel Sebelum

SPRM Jejak ‘Ah Chong’

Artikel Lain