suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tawfik Kemuka Satu Lagi Afidavit Berhubung RUU Hadi

Mohamed Tawfik Dr Ismail.

PETALING JAYA: Datuk Mohamed Tawfik Dr Ismail sekali lagi mengemukakan permohonan bagi mendapatkan pengisytiharan usul meminda Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, bercanggah dengan perlembagaan.

Tawfik, dalam afidavit terbaharunya, menegaskan bahawa berdasarkan perkembangan baru-baru dalam dalam pembentangan RUU yang dibentangkan itu merupakan permainan politik yang dijalankan melalui penyalahgunaan proses demokrasi dan prosedur Parlimen.

Beliau mendakwa usul itu berhubung RUU yang dicadangkan sebelum ini akan dibentangkan sebagai usul Kerajaan yang kemudiannya memutuskan untuk dijadikan sebagai RUU persendirian yang akan dibentangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

RUU itu kemudiannya dibentangkan Abdul Hadi pada Khamis lalu.

Jumaat lalu, Tawfik, 66, memfailkan permohonan bagi mendapatkan pengisytiharan RUUl persendirian sebagai tidak berperlembagaan dan melanggar prosedur Parlimen.




Artikel Lain