suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

MBSA Laksana Sistem Flexi Parking

SHAH ALAM: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melaksanakan 'Flexi Parking' iaitu sistem bayaran tempat letak kereta pintar menggunakan telefon pintar sebagai kaedah alternatif selain menggunakan kupon gores dan pas bulanan.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shahrin Ahmad berkata, sistem itu adalah antara inisiatif pihaknya ke arah penambahbaikan pengurusan tempat letak kereta yang lebih efisien dan sistematik.

"Melalui sistem ini, orang ramai boleh membuat belian kredit secara talian terus melalui perbankan Internet menggunakan telefon pintar sekali gus memudahkan proses pembayaran pengguna tanpa perlu mempamerkan kupon gores atau pas bulanan.

"Sejak dilaksanakan bermula Januari sehingga Mac tahun ini, sistem ini telah berjaya menarik sejumlah 6,195 pengguna di kawasan pentadbiran MBSA," katanya dalam kenyataan Isnin.

Menurut Shahrin, Flexi Parking juga diperkenalkan bagi mengurangkan masalah dan aduan pengguna berkaitan kesukaran mendapatkan kupon, salah menggores kupon serta lambakan buku kupon bagi pengguna.

Selain membantu mengurangkan penggunaan kertas, beliau berkata sistem itu turut memanfaatkan sepenuhnya penggunaan teknologi telefon pintar bagi memudahkan pengguna dan anggota penguat kuasa selain mempertingkatkan kualiti kecekapan perkhidmatan.

"Aplikasi Flexi Parking boleh dimuat turun secara percuma di Android Play Store atau Apple Apps Store dan berfungsi secara dwibahasa. Para pengguna akan diberi makluman peringatan 10 minit awal sebelum tempoh letak kenderaan tamat," katanya.-- Bernama



MBSA, Shahrin Ahmad

Artikel Lain