suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Hina Pemimpin Negara Di Laman Sosial Ditahan

Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 48 tahun ditahan di Klang, Selangor pada Isnin kerana disyaki melakukan penghinaan terhadap pemimpin negara melalui laman sosial.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohd Sukri Kaman berkata, pihaknya menahan lelaki berkenaan kira-kira 3.15 petang serta merampas telefon bimbit dan simkad.

"Lelaki itu mengaku menggunakan telefon bimbit dan menghina kerajaan di laman sosial Facebook," katanya dalam satu kenyataan di sini, Isnin.

Mohd Sukri berkata sebelum itu, satu laporan polis terhadap lelaki berkenaan dibuat orang awam pada Rabu lepas selepas gambarnya memakai baju dan memegang kertas tertera tulisan menghina pemimpin negara menjadi tular di laman sosial. 

Katanya, lelaki berkenaan direman selama empat hari sehingga Khamis ini untuk siasatan lanjut. 

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia. - Bernama

Artikel Lain