suria

DAP Tak Bantah RUU 355 - Ka Siong

Dr Wee Ka Siong.

PETALING JAYA: DAP dilihat 'memberikan kuasa' kepada PAS dan gagal menghalang parti itu membentangkan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355, kata Timbalan Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Ka Siong dalam satu kenyataan berkata, MCA termasuk penyokong kerajaan secara aktif menyuarakan bantahan dan kebimbangan orang bukan Islam berhubung perkara itu, sebaliknya tidak banyak yang dilakukan Ahli Parlimen DAP selain menyalahkan Barisan Nasional (BN) dan MCA.

"DAP dakwa mereka bantah RUU tetapi menurut Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah, Pakatan Harapan nampaknya tidak membantah RUU tersebut.

"Sebagai parti terbesar di dalam Pakatan Harapan, DAP tidak bantah RUU?" soal Ka Siong.

Beliau menegaskan bagaimana Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebenarnya telah menandatangani satu perjanjian beberapa hari sebelum pilihan raya umum yang lepas, di mana difahamkan terdapat perbezaan antara dua parti hanya lima peratus dengan PAS bebas untuk meneruskan matlamat negara Islam menerusi pendekatan tersendiri.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain