suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pesawat MAS Tergelincir Semasa Mendarat Di Sibu

KUALA LUMPUR: Sebuah pesawat Malaysia Airlines yang membawa 61 penumpang dan enam orang anak kapal tergelincir semasa mendarat di Lapangan Terbang Sibu dalam hujan lebat malam Sabtu.

Tiada kecederaan yang dilaporkan dalam kejadian 10.17 malam itu yang melibatkan Penerbangan MH2718 daripada Kuala Lumpur.

"Semua di atas pesawat selamat dibawa turun menerusi dua rakit gelongsor," kata syarikat itu menerusi Facebook.

Ia berkata, siasatan segera telah diadakan bagi menentukan punca kejadian itu yang melibatkan pesawat Boeing 737-800.

"Keselamatan semua penumpang menjadi keutamaan Malaysia Airlines," tambahnya. - Bernama

Artikel Lain