suria

Kenyataan Penuh Perogol Kahwin Mangsa Bawah Umur

Shabudin Yahya. Foto: Bernama

KUALA LUMPUR: Berikut kenyataan penuh Ahli ParlimenTasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahya pada Sabtu berhubung respons kepada laporanberjudul 'Perogol diminta kahwin mangsa bawah umur'. 

Laporan awal bertajuk 'Perogol diminta kahwin mangsa bawah umur' di Malaysia adalah tidak tepat, lebih mirip kepada berita palsu.

Kenyataan oleh Shabudin Yahya:

1. Baru-baru ini, satu insiden semasa sesi perbahasan di Parlimen telah menarik banyak tumpuan media. 

2. Dalam laporan dan tajuk utama berita, kedua-dua media tempatan dana ntarabangsa telah memberi persepsi bahawa saya boleh menerima perogol dibenarkan berkahwin mangsa bawah umur bagi mengelak hukuman. 

3. Ini adalah tidak tepat dan mengelirukan dan mirip kepada berita palsu. Laporan media merujuk kepada sebuah insiden semasa perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017, yang akhirnya diluluskan.

4. Seorang Ahli Parlimen telah mencadangkan satu pindaan kepada rang undang-undang ini yang akan mengharamkan perkahwinan kanak-kanak bawah umur manakala saya telah memberi pendapat bahawa dalam keadaan tertentu, fleksibiliti semasa perlu kekal. 

5. Secara umumnya, umur perkahwinan mengikut undang-undang di Malaysia adalah 21 tahun tanpa persetujuan ibu bapa dan 18 tahun dengan persetujuan ibu bapa manakala umur persetujuan mengikut undang-undang ialah 16 tahun. 

6. Bagaimanapun, dalam kes-kes tertentu, mereka yang di bawah umur boleh berkahwin jika diberi lesen perkahwinan khas oleh ketua kerajaan negeri tertentu atau dibenarkan oleh hakim mahkamah. 

7. Oleh kerana umur persetujuan ialah 16 tahun, mana-mana individu tanpa mengira umur yang telah mengadakan hubungan seksual dengan seorang bawah umur -sama ada secara rela atau tidak - adalah dianggap melakukan 'rogol berkanun' di bawah Kanun Keseksaan dan akan didakwa dengan sewajarnya. 

8. Saya adalah bekas hakim. Berdasarkan pengalaman saya dalam kes-kes lepas, saya berpendapat bahawa fleksibiliti dan budi bicara hakim mesti dikekalkan untuk membenarkan mahkamah membuat keputusan mengenai kes rogol berkanun yang melibatkan pasangan yang ada ikatan hubungan dan diperlakukan secara berbeza dengan kes rogol tanpa persetujuan - sebagai bertentangan dengan larangan mutlak mengenai perkahwinan bawah umur seperti dicadangkan oleh Ahli Parlimen lain.

9. Dalam perbahasan itu, saya menegaskan bahawa semua insiden rogol - sama ada rogol statutori atas persetujuan bersama atau sebaliknya - adalah satu jenayah. Tidak dalam mana-mana masa pun, saya ada mencadangkan perogol dipaksa berkahwin dengan mangsa, juga sama ada saya berkata bahawa jenayah rogol adalah secara automatik digugurkan selepas perkahwinan.

10. Bagi mengelak keraguan, saya dan Malaysia secara paling keras mengutuk jenayah seksual dan Malaysia tidak pernah teragak-agak untuk mendakwa dan mengenakan hukuman sepenuhnya terhadap pelaku seks mengikut undang-undang kita. 

11. Adalah dikesalkan bahawa laporan media yang tidak tepat telah mengelirukan orang ramai dan menyebabkan kekecohan yang tidak sewajar. 

12. Ini telah membayangi berita kelulusan Rang Undang-undang Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,  yang telah memberikanlebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak daripada pelaku seks. Kanak-kanak di Malaysia kini menikmati perlindungan undang-undang yang tiada bandingannya. -Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain