suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Suami Paksa Isteri Lakukan Seks Dengan Rakan Sendiri

ALOR SETAR: Seorang wanita berusia 63 tahun mendakwa dipaksa melacurkan diri sebanyak dua kali oleh suaminya yang berusia 69 tahun dengan bayaran RM20.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Supritendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, wanita itu dipaksa untuk melakukan hubungan seks dengan rakan suaminya, berumur 61, pada 21 Mac dan 2 April di Padang Sanai.

"Wanita tersebut memberitahu suaminya telah menerima RM20 daripada lelaki itu.

"Suami dan rakannya telah ditangkap dan ditahan reman selama seminggu bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut," katanya sambil menambah bahawa wanita tersebut telah membuat laporan polis pada Khamis.

Kes itu disiasat sebagai rogol dan mengeksploitasi individu bagi tujuan pelacuran.

Lelaki 69 Tahun, paksa isteri, seks

Artikel Sebelum

Bukit Aman Lebih Waspada

Artikel Lain