suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lelaki Ditemui Mati Selepas Ditikam Depan Rakan

Gambar hiasan.

PETALING JAYA: Seorang lelaki ditemui mati selepas ditikam di hadapan rakan-rakannya sebelum melarikan diri daripada penyerangnya.

Ketika kejadian, mangsa, Sukumaran Arumugam, 34, sedang minum bersama dua rakannya di luar rumah di Taman Sinaran, Kuala Selangor, kira-kira pukul 10.30 malam Isnin.

Kira-kira sejam kemudian datang dua lelaki menaiki sebuah kereta jenis Proton Iswara dan menyerang mangsa menggunakan parang.

Mangsa kemudian melarikan diri ke kebun kelapa sawit berhampiran bagi menyelamatkan diri.

Kedua-dua penyerang kemudiannya beredar manakala dua rakan mangsa masuk ke kebun berkenaan untuk mencari mangsa.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ruslan Abdullah berkata, mayat A.Sukumaran yang dijumpai oleh seorang wanita pada pukul 7.15 pagi Selasa.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati mangsa ditikam di bahagian dada, selain kesan tikaman di bahu dan badan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Artikel Lain