suria

Warga Emas Maut Tunggang Motosikal Lawan Arus Di Jambatan P.Pinang

-foto Facebook Penang Kini

GEORGE TOWN: Seorang warga emas yang menunggang motosikal menentang arus maut dalam kemalangan di Jambatan Pulau Pinang, awal pagi Ahad.

Tan Choon Wah, 65, dari Lebuh Mahsuri, Bayan Lepas, terbunuh selepas bertembung dengan sebuah kereta di KM5.7 kira-kira jam 4 pagi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata siasatan mendapati Choon Wah sedang menunggang menentang aliran trafik apabila dia dilanggar oleh sebuah kereta yang berada di laluan yang betul.

Tidak dapat dipastikan bagaimana atau mengapa Choon Wah menunggang menentang arus.

Kemalangan berlaku dari arah tanah ke pulau. Dia meninggal dunia di tempat kejadian.

Mior Faridalathrash berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menyebabkan kematian dengan memandu secara melulu atau berbahaya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Pada 14 Mac, seorang gadis berusia 19 tahun didakwa memandu menentang arus di Lebuhraya Utara-Selatan berhampiran Permatang Pauh dan menyebabkan kemalangan maut.

Ng Pei Ven mengaku tidak bersalah pada 17 Mac atas tuduhan berkaitan dadah. Dia juga sedang disiasat kerana memandu dengan cuai mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

lawan arus, jambatan P.Pinang

Artikel Lain