suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Debat Tun M-Nazri Batal Atas Faktor Keselamatan

Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff

SHAH ALAM: Ancaman yang dipercayai boleh mengganggu gugat keselamatan awam menjadi sebab mengapa debat antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Nazri Aziz dibatalkan selepas ia sebelum ini diberikan 'lampu hijau'.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Fuad Abdul Latiff berkata hasil risikan polis menunjukkan terdapat pihak tertentu mungkin akan mencetuskan gangguan, bukan sahaja pada hari debat, tetapi juga sebelum dan selepas berlangsungnya acara itu.

"Kami membuat keputusan ini selepas menerima 18 laporan bukan sahaja di Shah Alam tetapi di seluruh Selangor, malah dari Hulu Selangor.

"Sebab itu kami memutuskan bahawa jalan terbaik adalah dengan membatalkan debat tersebut," katanya pada sidang media di ibu pejabat polis negeri Ahad.

Beliau berkata polis sedang menyiasat laporan yang dibuat oleh individu yang bimbangkan keselamatan diri sendiri dan keluarga mereka.

Polis sebelum ini telah memberikan kelulusan untuk debat yang dijadualkan pada 7 April itu diadakan di ibu pejabat Karangkraf di Shah Alam.

Debat itu sepatutnya berlangsung di Kuala Kangsar pada 25 Mac tetapi dibatalkan selepas polis Perak enggan mengeluarkan permit.

Pada Ahad, Dr Mahathir dilaporkan mempersoalkan keputusan untuk membatalkan debat itu atas alasan ketenteraman awam.

Beliau berkata lokasi debat terletak di kawasan perindustrian dan bukan kawasan perumahan.

Mohd Fuad bagaimanapun menafikan dakwaan Dr Mahathir.

"Mungkin beliau boleh datang dan melawat kawasan itu dulu. Ada kawasan perumahan berhampirannya dan ada juga orang yang bekerja di kawasan perindustrian itu," katanya.

Beliau berkata laporan polis yang telah dibuat tidak datang hanya dari kawasan tersebut tetapi dari seluruh Selangor.

Ditanya kemungkinan debat itu akan diadakan pada masa akan datang, Mohd Fuad berkata ia tidak mustahil tetapi polis akan sentiasa memantau keadaan dan meletakkan keselamatan awam sebagai keutamaan.

debat, Tun M, Nazri Aziz

Artikel Lain

Joey BPR meninggal dunia