suria

Annuar Musa Beransur Pulih

KOTA BHARU: Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa yang dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini semalam, kini dilaporkan beransur pulih.

Menurut abangnya, Abdul Sattar Musa, Annuar, 61, yang juga Anggota Parlimen Ketereh, masih dirawat di Unit Rawatan Rapi Koronari (CCU) HUSM, telah menunjukkan perkembangan positif.

"Keadaan Annuar kini beransur pulih dan doktor menasihatkannya supaya banyak berehat," katanya ketika dihubungi di sini, Ahad.

Annuar dimasukkan ke HUSM selepas mengadu pening, sakit dada dan muntah-muntah pada 6.15 pagi Sabtu.

Abdul Sattar memohon kepada orang ramai supaya tidak melawat adiknya buat masa ini supaya Annuar dapat berehat secukupnya. -- Bernama






Annuar Musa, HUSM

Artikel Berikut

Artikel Lain