suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Parah, Sembilan Cedera Kemalangan Di Jalan Serendah

KUALA LUMPUR: Tiga parah manakala sembilan cedera ringan selepas kereta dinaiki mereka terlibat kemalangan di Jalan Serendah, Kuala Kubu Bharu dekat sini, Ahad.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, kereta proton Wira dinaiki dua lelaki bersama tiga wanita dipercayai bertembung dengan kereta jenis Proton Perdana yang dinaiki tujuh individu termasuk empat kanak-kanak dan seorang bayi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Khubu Baru Kamil Hamadan berkata tiga lelaki dibawa ke Hospital Selayang untuk menerima rawatan lanjut.

"Mangsa lain termasuk bayi dan kanak-kanak hanya mengalami kecederaan ringan," katanya ketika dihubungi di sini, Ahad.

Katanya pihaknya menerima panggilan kira-kira 5.45 petang dan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu dikerahkan ke lokasi kejadian. - BERNAMA

kemalangan, Jalan Serendah

Artikel Berikut

Artikel Lain