suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pelajar IPTA Didakwa Buang Bayi Dibebaskan

Gambar hiasan.

ALOR SETAR: Pelajar yang ditahan polis berhubung kes buang bayi telah dibebaskan dengan jaminan polis selepas tempoh remannya berakhir pada Ahad.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah SAC Datuk Mohd Nashir Ya berkata, suspek berusia 20 tahun itu yang juga penuntut tahun pertama di sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di utara tanah air dibebaskan kira-kira pukul 3.45 petang Ahad.

"Laporan bedah siasat masih belum selesai dan pada masa ini, kami sedang menyiasat kes itu di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat bayinya di dalam mangkuk tandas," katanya ketika dihubungi.

Pada Khamis, polis menahan suspek selepas laporan dibuat susulan penemuan mayat bayi lelaki yang baru dilahirkan di dalam mangkuk tandas di asrama IPTA itu.

Laporan dibuat oleh orang awam di Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasuk di Jitra kira-kira pukul 5.20 petang Khamis.

Mohd Nashir berkata suspek dari Sungai Petani itu ditahan ketika sedang mendapatkan rawatan di sebuah hospital awam.

buang bayi, IPTA

Artikel Sebelum

"Ya, Kami Dah Bercerai"

Artikel Berikut

Artikel Lain