suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ketua Polis Kelantan Meninggal Dunia

Dr Ab Rahman Ismail.

KOTA BHARU: Ketua Polis Kelantan Datuk Dr Ab Rahman Ismail meninggal dunia akibat komplikasi kesihatan termasuk sakit jantung pada Ahad.

Timbalan Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Kelantan Supt Shaikh Azhar Shaikh Omar berkata Allahyarham Ab Rahman, 59, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pada 3.45 petang Ahad.

"Allahyarham meninggal dunia di sisi isterinya Datin Che Nat Hassan," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata jenazah Allahyarham akan dibawa pulang untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Badak, Bachok.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan tujuh orang anak.

Allahyarham dilantik sebagai Ketua Polis Kelantan pada 18 Julai tahun lepas menggantikan Datuk Mazlan Lazim. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Lain