suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lebih 10 Kawasan Di P.Pinang Ditenggelami Air

Beberapa orang cuba menolak sebuah kereta yang terperangkap di sekitar Bayan Baru akibat banjir kerana hujan lebat sejak petang Sabtu. -fotoBERNAMA

GEORGE TOWN: Lebih 10 kawasan di Pulau Pinang ditenggelami air selepas hujan lebat dan angin kencang yang berlarutan sejak pukul 7 malam Sabtu.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, antara kawasan yang terlibat adalah, Lorong Batu Lanchang, Jalan P. Ramlee, Sungai Pinang, Jalan Taman Free School, Jalan Bukit Relau, Sungai Ara, Paya Terubong, Greenlane, Jalan Masjid Negeri, Sungai Nibong, Bukit Jambul dan Farlim.

Katanya, keadaan banjir kilat ini turut menyebabkan kesesakan lalu lintas di beberapa jalan utama.

"Namun sehingga kini tiada laporan kemusnahan harta-benda atau kemalangan jiwa diterima berikutan bencana tersebut," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.


banjir kilat, Pulau Pinang

Artikel Lain