suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Enam Termasuk Dua Kanak-Kanak Maut Nahas Di Lahad Datu

LAHAD DATU: Enam maut termasuk seorang wanita dan dua kanak-kanak selepas kenderaan dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 32 Jalan Lahad Datu-Tawau di sini, Sabtu malam.

Kereta jenis Proton Saga itu dipercayai terbabas ke laluan bertentangan sebelum dirempuh kereta pacuan empat roda, kira-kira pukul 10 malam.

Mangsa yang maut dikenali Said Tuan Ramba, 28, yang juga pemandu kereta serta lima penumpang Ismail Mangu, 25, Markus Mae Siku, 52, Parida Perada Jamuludin, 35, Shahril Ismail, 5, serta Putri Ismail, 2.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Hamzah Ahmad berkata kemalangan berlaku selepas kereta itu yang dalam perjalanan dari Lahad Datu ke Tawau hilang kawalan dan terbabas hingga melintang di laluan bertentangan.

"Kenderaan pacuan empat roda jenis Isuzu Dmax yang datang dari arah Tawau tidak sempat mengelak kerana jarak yang terlalu dekat, lalu merempuh kereta tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Hamzah berkata pemandu Isuzu itu yang juga seorang penyedia ladang turut mengalami kecederaan parah di pinggang dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.-- Bernama


Lahad Datu, Ismail Mangu

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain