suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Empat Hilang Di Gunung Panti

JOHOR BAHRU: Empat lelaki dipercayai sesat di Gunung Panti, Kota Tinggi, petang Jumaat.

Ketua Zon Kota Tinggi Penguasa Bomba Al Hasra Mohamed berkata pihaknya menerima laporan kehilangan mereka pada 6.02 petang Jumaat.

"Kenderaan yang dipercayai kereta mangsa jenis Perodua Kelisa dijumpai berdekatan air terjun," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang turut disertai beberapa anggota polis dan Jabatan Hutan itu pada Jumaat dihentikan pada 6.30 pagi Sabtu dan dijangka bermula semula pada 9 pagi ini, katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman ketika dihubungi mengesahkan laporan kehilangan itu.

Menurut beliau, setakat ini tiada maklumat lanjut mengenai kehilangan keempat-empat mangsa.  - BERNAMA

sesat, Gunung Panti

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain