suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Raja Bomoh Hanya Ditahan Jika JAWI Buat Laporan - KPN

RAJA Bomoh (duduk paling depan) ketika melakukan upacara mencari pesawat MH370. - Gambar Fail

KUALA LUMPUR: Pihak polis hanya akan membuat tangkapan terhadap Ibrahim Mat Zin atau dikenali sebagai Raja Bomoh, sekiranya Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) membuat laporan berhubung perbuatan dan perlakuan lelaki itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, setakat ini pihaknya menerima beberapa laporan mengenai perbuatan ritual lelaki itu yang berasal dari Teluk Intan, Perak apabila dikatakan telah merosakkan imej agama Islam. 

"Dia (Raja Bomoh) telah dipanggil (oleh polis) untuk bantu siasatan dan setakat ini dia masih belum ditahan," katanya sambil menambah siasatan terhadap Ibrahim dilakukan mengikut Seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah.

Pada 19 Mac lepas, polis meminta Ibrahim tampil memberi keterangan berhubung upacara perbomohan yang dilakukannya, konon untuk 'memagar' Malaysia daripada ancaman negara asing khusus Korea Utara.

Tindakan Ibrahim itu mengundang pelbagai reaksi masyarakat setempat yang rata-rata menyifatkan perbuatannya itu bertentangan dengan ajaran Islam.

Ia bukan kali pertama Ibrahim menarik perhatian umum.

Beberapa hari selepas insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 pada 8 Mac 2017, Ibrahim bersama pengikutnya tampil dengan dakwaan mampu membantu pihak berkuasa untuk mengesan pesawat malang itu.

Teknik perbomohannya melibatkan penggunakan buah kelapa dan batang buluh, pada awalnya dianggap sebagai melucukan sebelum dikecam orang ramai.


Artikel Lain