suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Serangan Parlimen London, Najib Luah Rasa Sedih, Terkejut

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau terkejut dan sedih dengan serangan ke atas Parlimen Britain pada Rabu.

Katanya, 'Malaysia bersama United Kingdom (UK)' dalam insiden itu yang mengakibatkan kira-kira 10 orang cedera termasuk seorang anggota polis.

"Ingatan dan doa saya kepada mangsa terlibat. Malaysia bersama UK. Jangan menyerah kepada pengganas," katanya dalam akaun Twitternya, pada Khamis.

Media asing melaporkan seorang anggota polis ditikam dan tembakan rambang dilepaskan ke arah orang ramai oleh penyerang yang disyaki merupakan anggota kumpulan pengganas.

Perdana Menteri Britain, Theresa May, yang berada di Bangunan Parlimen berikutan sesi sidang Parlimen sedang berlangsung, dilaporkan selamat manakala empat orang disahkan terbunuh.


Artikel Lain