suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Bangunan JPN Putrajaya Dikosongkan Ekoran Kebocoran Gas

GAMBAR FAIL

PUTRAJAYA: Seluruh bangunan Perkhidmatan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di sini terpaksa dikosongkan buat sementara susulan berlaku kebocoran gas pemadam api di aras 6 bangunan itu.

Jabatan itu dalam kenyataannya pada Khamis berkata, kejadian disedari pada pukul 8.45 pagi dan semua anggota JPN serta pelanggan telah diarah mengosongkan bangunan tersebut, menyebabkan segala perkhidmatan tergendala buat sementara.

"Laporan kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam dan Jabatan Kerja Raya (JKR) telah dibuat.

"Bomba telah menyiasat tempat kejadian dan urusan JPN akan dibuka semula bergantung kepada nasihat bomba," tambah kenyataan itu.
JPN Putrajaya, Gas Bocor

Artikel Sebelum

Artikel Lain