suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sarjan Polis Didakwa Rasuah

Anggota polis berpangkat sarjan Bahir Yaacob, 51, (tengah) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada Rabu atas tuduhan menerima wang daripada orang awam kira-kira dua tahun lalu. - fotoBERNAMA

IPOH: Seorang anggota polis berpangkat sarjan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu atas tuduhan menerima rasuah RM800 daripada orang awam, dua tahun lepas.

Tertuduh, Bahir Yaacob, 51, yang bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian, membuat pengakuan itu hadapan Hakim S. Indera Nehru selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.

Mengikut pertuduhan, Bahir didakwa bersetuju menerima wang tunai itu tanpa balasan daripada Lee Boon Chuan, yang mempunyai hubungan dengan tugas rasminya.

Dia didakwa menerima wang suapan tersebut di IPD Kerian di Bagan Serai pada pukul 5 pagi, 19 Mei 2015.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara dua tahun, atau denda atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Ghazali Muhamad Nadzri manakala tertuduh diwakili peguam Ranjit Singh Sandhu.

Mahkamah membenarkan Bahir diikat jamin RM12,000 dan menetapkan 17 April ini bagi sebutan semula kes.

sarjan, rasuah, IPD Kerian

Artikel Sebelum

Artikel Lain