suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Isteri Cedera Ditetak Suami

KUANTAN: Seorang isteri cedera di kepala dan tangannya akibat ditetak dengan pisau oleh suaminya yang berang dalam satu kejadian di sini, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Abdul Aziz Salleh berkata suspek berusia 28 tahun itu melarikan diri sejurus selepas kejadian manakala isterinya yang berusia 29 tahun dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk mendapatkan rawatan.

"Ibu mangsa membuat laporan polis pada Isnin. Polis menggiatkan usaha untuk mengesan suspek bagi membantu siasatan," katanya semasa dihubungi di sini, Selasa.

Siasatan awal polis mendapati kejadian itu dipercayai berlaku selepas suspek berang dengan mangsa yang enggan mengikut permintaannya untuk tinggal berasingan daripada keluarganya. 

Abdul Aziz berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga tahun, denda dan sebat, mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.-Bernama

Suami, Tetak, Isteri

Artikel Lain