suria

20 Liter Bahan Kimia Tumpah Dalam Kemalangan Dua Lori

Gambar Hiasan

SEREMBAN: Sebuah lori membawa muatan bahan kimia 'Ultra Clean 520' terlibat dalam satu kemalangan di Taman Permai 2 di sini tengah malam Isnin menyebabkan 20 liter bahan itu tumpah.

Kemalangan itu berlaku pada kira-kira pukul 12 tengah malam ketika lori itu mengundur dan melanggar sebuah lori lain yang diletakkan di bahu jalan di satu kawasan curam menyebabkan tiga daripada 20 tong di dalam lori itu pecah.

Kejadian itu menyebabkan pemandu lori terbabit cedera dan dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar di sini untuk rawatan.

Pegawai operasi Balai Bomba dan Penyelamat Seremban 2 Md Zin Salleh berkata dua jentera termasuk dari pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) bersama lapan anggota dikejarkan ke tempat kejadian dan dapat mengawal tumpahan itu daripada membahayakan orang awam.

Katanya pasukan Hazmat mengambil masa lebih sejam untuk membersihkan kawasan tersebut dan juga ke atas lori berkenaan.-- Bernama

ultra clean 520, Taman Permai 2

Artikel Sebelum

Artikel Lain