suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

'Superman' Ditahan Berhubung Kenyataan FB

Hew Kuan Yau.

GEORGE TOWN: Bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau, yang lebih dikenali sebagai 'Superman' ditahan di Muzium Kebudayaan Komik Asia di Komtar, Pulau Pinang berhubung satu kenyataan di Facebook.

Kenyataan yang dimuat naik pada pukul 6.16 petang 13 Mac lalu di akaun peribadi Facebook beliau, didakwa menghina Perdana Menteri dan isteri. 

Pengurus Muzium Kebudayaan Komik Asia, Raymond Chong berkata, tiga anggota polis memasuki muzium di mana Kuan Yau berkhidmat sebagai kurator.

Tambahnya, Kuan Yau kemudiannya ditahan pada pukul 1.17 petang Isnin.

Beliau dibawa ke ibu pejabat polis daerah George Town.

Difahamkan, Kuan Yau akan diserahkan ke polis Johor untuk siasatan lanjut.

Artikel Sebelum

Artikel Lain