suria

Pemimpin Kanan DAP, Ahli Perniagaan Direman Kes Tipu Pajakan Tanah

Dua suspek di mahkamah majister selepas direman di Melaka pada Isnin.

MELAKA: Seorang pemimpin kanan DAP Melaka dan seorang ahli perniagaan direman selama tiga hari berhubung kes penipuan membabitkan pajakan tanah di Kelantan.

Perintah reman terhadap kedua-dua suspek berusia 54 dan 29 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret, Analia Kamaruddin di mahkamah majistret Ayer Keroh pada Isnin.

Kedua-dua mereka direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dengan curang mendorong supaya harta diserahkan.

Pada 8 Mac lalu, bekas Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San menggemparkan sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka apabila beliau mendakwa dua bekas rakan dalam parti, termasuk pembantu wakil rakyat pembangkang, terlibat dalam rasuah dan ugutan.

Leong San, yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bebas-Duyong, memberitahu DUN bahawa dakwaan penipuan itu melibatkan kira-kira RM1 juta.

Beliau berkata, laporan polis dibuat pada 14 Disember tahun lalu oleh tiga pekebun kecil yang kehilangan wang hasil titik peluh mereka dalam perjanjian tanah di Kelantan.

Leong San berkata, mangsa membayar hampir RM1 juta kepada seornag pembantu Adun DAP dan seorang pemimpin pemuda PAS Kelantan dalam perjanjian yang dibuat pada 2012.

Artikel Lain