suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Hazmat Bertindak Pantas Bendung Tumpah Mercuri

KUCHING: Sepasukan Unit Pasukan Menangani Bencana Bahan Kimia (Hazmat) bertindak pantas membendung tumpahan cecair merkuri di sebuah rumah yang didiami oleh seorang lelaki dan anak perempuannya di sini pada Sabtu.

Kejadian itu berlaku di sebuah rumah di kawasan kediaman Tabuan Jaya yang terletak tidak jauh dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pukul 8.15 malam.

Balai Bomba di pekan Stutong menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu dan mengerahkan pasukan Hazmat dan ambulan ke lokasi kejadian.

Insiden itu berlaku selepas lelaki berkenaan tidak senjaga menjatuhkan termometer yang digunakan untuk menyukat suhu anak perempuannya berusia antara lima atau enam tahun, yang tidak sihat.

Disebabkan itu, cecair mercuri tertumpah di lantai dan keadaan tersebut boleh membahayakan nyawa kedua-dua mereka.

Pasukan Hazmat yang dilengkapi pakaian pelindung, mengambil masa kira-kira sejam untuk membersihkan mercuri tersebut.

Kedua-dua mangsa dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Hazmat, Mercuri

Artikel Sebelum

Artikel Lain