suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tragedi Lemas: Operasi SAR Ditangguhkan

Unit Skuba Anggota Bomba dan Penyelamat melakukan pencarian mangsa lemas di Kampung Timah SKC Bukit Beruntung pada 18 Mac 2017. - BERNAMA

HULU SELANGOR: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dua murid Sekolah Kebangsaan Taman Bunga Raya 1 yang dihanyutkan air deras di Kampung Timah, Bukit Beruntung di sini pada Sabtu ditangguhkan berikutan faktor cuaca.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat berkata operasi ditangguhkan pada pukul 7 malam dan akan dimulakan 8 pagi Ahad.

Katanya, dua pelajar yang masih belum ditemui dikenal pasti sebagai Muhammad Ikhwan Mohd Ridwan, 10, dan Muhammad Aiman Kamarul Ariffin, 12. 

"SAR ditangguhkan kerana arus deras dengan jarak penglihatan terhad berikutan gelap," katanya.

Dalam kejadian kira-kira 5 petang itu, lapan kanak-kanak berusia antara sembilan hingga 12 tahun dari kawasan perumahan berdekatan dihanyutkan air pasang besar ketika mereka menangguk ikan di Sungai Selangor itu.

 Seorang daripada mereka selamat manakala lima lagi ditemukan lemas. 

 Lima mangsa yang meninggal dunia akibat lemas ialah pasangan adik-beradik, Shahrizat Abdullah, 12, dan Shahrizwan, 10; Amirul Hakimi Khairul Amru, 9, Muhammad Iskandar Shah, 12, dan Muhammad Aiman Fitri Md Asmadi, 12. - BERNAMA

Lemas, Bukit Beruntung

Artikel Berikut

Artikel Lain