suria

Le Fou Tunjuk 'Gigitan Cinta' Adegan Gay Dipotong LPF

KUALA LUMPUR: Pengerusi Lembaga Penapisan Filem (LPF), Datuk Abdul Halim Abdul Hamid mendedahkan bahawa "adegan gay" yang dipotong lembaga itu dalam filem Beauty and The Beast membabitkan lagu yang memaparkan watak Le Fou.

"Gaya dia menari... gay dan begitu juga dialog dan lirik lagu itu.

"Dalam adegan yang sama, dia turut mengangkat baju dan menunjukkan 'gigitan cinta' di bahagian perut," katanya dilaporkan berkata kepada AFP.

"Malah saya sendiri mahu bawa cucu-cucu untuk menonton filem berkenaan. Tetapi ada peraturan. Kita tidak sokong LGBT (Lesbian, Gay Biseksual dan Transgender)," katanya.

The Walt Disney Co (Malaysia) Sdn Bhd telah membuat rayuan kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN) bagi membatalkan keputusan LPF memotong "adegan gay" dalam filem tersebut.

Abdul Hamid berkata, rayuan dikemukakan kepada Jawatankuasa Rayuan Filem di KDN tetapi LPF tetap dengan pendiriannya untuk memotong adegan berkenaan dalam filem itu.

"Syarikat filem tidak boleh melanggar syarat LPF. Kita tidak akan berganjak," katanya kepada The Star.

Dibintangi Emma Watson sebagai Belle, Dan Stevens sebagai Beast dan Luke Evans sebagai Gaston, Beauty and the Beast adalah sebuah filem animasi klasik terbitan Disney, yang menjadi filem animasi pertama yang dicalonkan untuk kategori Filem Terbaik Anugerah Oscar pada 1991.

Filem tersebut terpalit dengan kontroversi apabila pengarahnya Bill Condon memberitahu majalah Attitude di United Kingdom bahawa karektor Le Fou dilakonkan oleh Josh Gad adalah seorang gay.

Beauty and The Beast, LFP

Artikel Lain