suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ambulans Terbabas Akibat Tayar Pecah

Police dan pasukan bomba di tempat kejadian. Foto Amanda Yeap

IPOH: Sebuah ambulans terbabas lalu terbalik selepas tayar kenderaan itu pecah di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) menghala ke utara.

Kemalangan mengakibatkan kesesakan lalu lintas sepanjang tiga kilometer.

Kenderaan tersebut merempuh pembahagi jalan sebelum terbalik.

Menurut seorang saksi, ketika kejadian, ambulans dipandu seorang pemandu yang membawa seorang pesakit dan seorang pegawai perubatan.

"Pesakit kelihatan begitu sakit, saya dapat mendengar dia menjerit semasa dipindahkan ke ambulans yang lain.

"Saya diberitahu mereka yang lain cedera ringan," kata saksi.

Seorang jurucakap PLUS yang mengesahkan insiden memberitahu tiada kenderaan lain terlibat dalam kejadian itu.

"Polis dan pasukan bomba di tempat kejadian cuba mengalihkan kenderaan dan melancarkan lalu lintas," katanya.

Artikel Lain