suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Portal SEBENARNYA.MY Dilancar Semak Kesahihan Berita

CYBERJAYA: Portal SEBENARNYA.MY dilancarkan pada Selasa bagi membolehkan orang ramai menyemak kesahihan berita yang menular di laman sosial.

Dirasmikan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, portal yang dibangunkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) itu merupakan antara usaha kerajaan untuk mengekang penyebaran berita palsu bagi memastikan masyarakat menerima berita yang benar-benar sahih.

Berucap pada majlis pelancaran portal itu, Salleh berkata maklumat yang berkaitan akan dikumpul, dianalisa, disahkan dan dimuat naik dalam portal itu untuk rujukan rakyat tanpa mengira latar belakang politik.

Katanya, MCMC sehingga kini telah mengenal pasti hampir 1,000 berita palsu yang mempunyai kepentingan awam menular di dalam negara.

"Berita palsu, bukan sahaja mengelirukan, malah boleh mengancam keselamatan, kemakmuran dan kesejahteraan rakyat dan negara.

"Perkara ini bukan hanya berlaku di Malaysia, tetapi berlaku di Amerika Syarikat, Indonesia dan negara-negara Eropah," katanya. - BERNAMA

Sebenarnya.my

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain