suria

SPRM Selesai Siasatan Kes Libatkan Annuar Musa - Paul Low

Tan Sri Annuar Musa ketika hadir ke bangunan SPRM Putrajaya bagi memberi keterangan, 3 Februari lalu. -fotoTHESTAR
KUALA LUMPUR: Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap kes melibatkan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara) Tan Sri Annuar Musa, telah pun selesai.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan berkata kertas siasatan kes itu telah dikemukakan kepada timbalan pendakwa raya untuk penelitian dan keputusan selanjutnya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada soalan Mohamed Hanipa Maidin (Amanah-Sepang) yang meminta Perdana Menteri menyatakan status penyiasatan kes SPRM yang melibatkan pengerusi Mara itu, di Dewan Rakyat, Isnin.

Hanipa juga bertanya sama ada saksi utama kes berkenaan iaitu Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dipanggil memberikan keterangan kepada SPRM.

Low berkata siasatan SPRM mendapati tiada keperluan untuk memanggil Tunku Ismail memberi keterangan dalam kes tersebut.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Annuar digantung tugas sebagai Pengerusi Mara dan Pengerusi Pelaburan Mara Berhad (PMB) berkuat kuasa serta merta pada 31 Januari lepas berikutan dakwaan berhubung penajaan pasukan bola sepak Kelantan dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) oleh dua agensi berkenaan.

UniKL, PMB, Annuar Musa, SPRM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain