suria

Suami Isteri Maut Dipanah Petir

- Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri maut dipercayai dipanah petir di taman permainan Jalan Kenari, Puchong, Ahad.

Pemangku Ketua Polis Serdang Supt Lee Wai Leong berkata Yee Boon Koo, 59 dan isterinya Ooi Lee Chen, 57, ditemui terbaring oleh orang awam pada kira-kira 6 petang Ahad.

"Kedua-dua mangsa dikatakan sedang berjoging di taman permainan itu. Pihak polis dimaklumkan oleh orang awam mengenai pasangan suami isteriyang dipanah petir.

"Seorang daripada mangsa mempunyai kesan darah di kepala dipercayai akibat terjatuh selepas dipanah petir," katanya kepada Bernama di sini, malam Ahad.

Kedua-dua mangsa disahkan mati di tempat kejadian dan mayat mereka dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain