suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiga Murid Lemas Mandi Di Sungai Kg Inanam Laut

KOTA KINABALU: Tiga orang murid mati lemas ketika mandi sungai di Kampung Inanam Laut, petang Jumaat.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, ACP M.Chandra berkata mereka yang maut dalam kejadian 3.41 petang itu ialah Haikal Faiz, 10, Shahrizal Azhar, 9, dan Mohd Kharil Marisani, 10. 

Kesemua mangsa meninggal di Hospital Likas ketika menerima rawatan dan mayat mereka akan dihantar ke Hospital Queen Elizabeth 1 untuk dibedah siasat.

"Siasatan awal mendapati ketiga-tiga mangsa mandi setelah balik dari sekolah. Sedang mereka mandi, tiba-tiba seorang daripadanya tenggelam. Kedua-dua rakannya cuba menolong tetapi mereka turut lemas," katanya dalam satu kenyataan.

M.Chandra berkata orang awam yang menyaksikan kejadian itu menolong mereka termasuk menghubungi pihak bomba dan polis.

"Ketiga-ketiganya dijumpai dalam keadaan tidak sedarkan diri dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Likas. -Bernama

Murid mati lemas

Artikel Berikut

Artikel Lain