suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ibu Tampar Guru Dipenjara 6 Bulan, Denda RM2,000

NIBONG TEBAL: Mahkamah Majistret di sini telah menjatuhi hukuman oenjara tiga hingga enam bulan ke atas seorang wanita yang menampar guru di sebuah sekolah rendah di Sungai Bakap, dekat sini.

Wanita berusia 36 tahun itu juga didenda RM2,000 kerana kesalahan itu.

Tertuduh, Tan Seow Yen didakwa kerana menampar guru anaknya, L. Vanitha, 38 di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Chong Kuang pada kira-kira 5.15 petang, 2 Februari 2015.

Vanitha yang mengajar Bahasa Malaysia telah dipindahkan ke sekolah lain susulan kejadian itu.

Seow Yen didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan.

Majistret Shamshol Azwa Martadza memerintahkan hukuman bermula Rabu.

Timbalan Pendakwa Raya, Afiq Nazrin Zaharinan mewakili pihak pendakwaan, manakala Seow Yen diwakili peguam, Mohd Ismail Mohamed.

Sungai Bakap, Vanitha

Artikel Lain