suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Akauntan Didakwa Kerana Rakam Video Seluar Dalam Kanak-Kanak

Gambar hiasan.

PETALING JAYA: Seorang akauntan didakwa di Mahkamah Majistret di sini pada Rabu bagi pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang kanak-kanak perempuan dengan cara merakam video ke arah seluar dalam mangsa, empat hari lepas.

Leong Kem Soon, 27, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu yang dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Salamiah Salleh.

Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan dengan niat untuk mengaibkan kehormatan seorang murid berusia 12 tahun dengan cara merakam video menggunakan telefon bimbit miliknya ke arah seluar dalam mangsa di sebuah kedai buku di  Ikano, Mutiara Damansara di sini pada 9.30 Malam, 4 Mac lepas.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau dengan kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya R. Puspharasi tidak menawarkan sebarang jaminan tetapi tertuduh, yang diwakili peguam Muhammad Syazwan Hasan, merayu supaya dibenarkan diikat jamin dengan jumlah yang minimum atas alasan dia bekerja dan penanggung utama keluarga.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 5 April untuk sebutan semula kes. - BERNAMA

akauntan, rakam video

Artikel Lain