suria

Tengku Permaisuri Selangor Sertai Maraton Wanita Malaysia

Tengku Permaisuri Norashikin menyertai Maraton Wanita Malaysia pada Ahad.

SHAH ALAM: Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin pada Ahad berkenan menyertai Marathon Wanita Malaysia di perkarangan Stadium Shah Alam di sini.

Turut hadir ialah Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dan isteri Datin Seri Shamsidar Taharin.

Marathon yang bermula kira-kira 7.15 pagi Ahad dengan penyertaan lebih 5,000peserta diadakan bersempena Hari Wanita Sedunia yang disambut pada 8 Mac setiap tahun.

Terdahulu, Tengku Permaisuri Norashikin turut berkenan melepaskan peserta larian mengikut kategori yang dipertandingkan iaitu lelaki, wanita dan kanak-kanak melibatkan jarak sejauh 42 kilometer.

Sementara itu, Mohamed Azmin ketika ditemui pemberita yang menyambut baik penganjuran program itu berkata ia juga sebagai tanda sokongan bahawa isu wanita tidak seharusnya dibicarakan oleh wanita sahaja malah perlu melibatkan sokonganlelaki.

"Program tahun kelima yang dianjurkan oleh Tourism Selangor sempena menyambut Hari Wanita ini membuktikan bahawa kerajaan negeri turut mendukung peranan wanita sebagai ejen perubahan," katanya. - BERNAMA

Artikel Lain