suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pakatan Harapan-PPBM Masih Bincang Isu Agihan Kerusi

Wan Azizah Wan Ismail

BUKIT MERTAJAM: Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) masih dalam perbincangan bagi menentukan pengagihan kerusi yang dipertandingkan calon pakatan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata semua perkara yang diketengahkan dalam rundingan itu akan diambil kira bagi memastikan polisi 'satu lawan satu' di setiap kawasan yang ditandingi calon pakatan pembangkang. 

"Kita nak satu lawan satu tapi kita tidak boleh menyekat mana-mana individuatau parti mana yang nak bertanding. Itu adalah antara rundingan kita, kitanakkan supaya kita menang...itu polisinya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Latihan Jentera PKR kawasan Penanti di sini, Sabtu.

Dr Wan Azizah berkata pihaknya bersedia untuk berbincang dengan PPBM yang meminta supaya perbincangan semula diadakan bagi pengagihan kerusi yang dipersetujui Pakatan Harapan sebelum ini.

"Kesediaan ini dibuat selepas mengambil kira beberapa faktor daripada PPBM, termasuk usia penubuhan parti itu yang masih baharu. Kita juga sedang membincangkan perkara asas dalam kerjasama semua parti pembangkang, termasuk agihan kerusi," katanya.

Pada Selasa lepas, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengakui berlaku pertindihan kerusi antara Pakatan Harapan dan PPBM, namun menyifatkan ia sebagai pertindihan yang minimum. -Bernama

Artikel Lain