suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

3,000 Unit Rumah Kuota Bumiputera Ditukar Status Ke Lot Antarabangsa

Mohamed Khaled Nordin

JOHOR BAHRU:  Kira-kira 3,000 unit rumah yang kebanyakannya rumah mewah kuota Bumiputera di negeri ini ditukar status hartanah kepada lot antarabangsa sejak akhir tahun 2013. 

Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata dengan pertukaran itu, kerajaan negeri berjaya memperoleh RM600 juta daripada pemaju dan dimasukkan ke dalam Tabung Hartanah Bumiputera, yang kemudiannya digunakan untuk membina lebih 6,000 unit rumah mampu milik Johor (RMMJ). 

Hasil itu merupakan bayaran pemaju kepada kerajaan negeri yang ditetapkan bagi pemohonan pertukaran status hartanah di negeri ini, katanya. 

"Ia melibatkan rumah yang harganya lebih daripada rumah mampu milik tetapi kebanyakannya rumah mahal dan mewah," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Scientex, Pasir Gudang, Sabtu.  

Katanya lagi, pelepasan penukaran status hartanah turut dilakukan di negeri lain namun prosedurnya berbeza.

"Selain itu, negeri lain seperti Selangor juga amalkan konsep pelepasan lot Bumiputera, jadi pembangkang tak boleh nak salahkan Johor kerana semua negeri laksanakannya," kata Mohamed Khaled. 

Justeru, beliau menegaskan pertukaran status itu tidak melibatkan RMMJ sekali gus menyangkal dakwaan pembangkang yang mengatakan penukaran status itu melibatkan RMMJ. 

Tambahnya, jika wujud ketirisan, pihaknya menyerahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan.  -Bernama

Artikel Lain