suria

Kes Jong-nam: Waran Tangkap Pekerja Air Koryo

KUALA LUMPUR: Bukit Aman mengeluarkan waran tangkap ke atas kakitangan syarikat penerbangan Korea Utara, Air Koryo bagi membantu siasatan kes pembunuhan Kim Jong-nam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, waran itu dikeluarkan terhadap Kim Uk-il, 37.

"Kami telah berikan masa yang cukup untuk beliau memberi kerjasama tetapi dia tidak berbuat demikian.

"Sehubungan itu, waran tangkap dikeluarkan untuk menuntut dia memberi kerjasama," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.

Khalid juga mengesahkan pihaknya telah menghantar surat menerusi Wisma Putra meminta kerjasama setiausaha kedua kedutaan Korea Utara, Hyon Kwan-song.

Jong-nam dibunuh pada 13 Februari lalu selepas diserang dua wanita menggunakan agen saraf VX di KLIA2 ketika menunggu penerbangan ke Macau.

Wanita terlibat, warga Indonesia Siti Aisyah dan rakyat Vietnam, Doan Thi Huong telah didakwa kerana membunuh pada Khamis.

Bukit Aman, Jong-nam, Air Koryo

Artikel Lain