suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Banjir Di Rompin Kembali Buruk

Remaja Kampung Kurnia, Rompin bermain air banjir dihadapan rumah mereka ketika tinjauan BERNAMA pada Jumaat.

KUANTAN: Banjir di Rompin kembali buruk malam Jumaat apabila jumlah mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 125 orang daripada 34 keluarga berbanding 99 orang daripada 28 keluarga petang tadi.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Zainal Yusof berkata sebuah lagi pusat pemindahan sementara dibuka petang ini iaitu di Balai Raya Kampung Rekoh, selepas Balai Raya Kampung Setajam yang mula beroperasi sejak Khamis.

"Di Kampung Setajam, jumlah mangsa kekal 99 orang daripada 28 keluarga manakala di Kampung Rekoh, seramai 26 mangsa daripada enam keluarga kini ditempatkan di balai raya di situ," katanya.

Bagaimanapun, Zainal mengesahkan setakat ini tiada jalan di Rompin yang ditutup akibat banjir. - BERNAMA 
banjir, Rompin

Artikel Lain