suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Anak Pukul Bapa Gara-Gara RM150

GAMBAR HIASAN

MIRI: Polis menahan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang mengugut hendak memukul bapa kandung sendiri setelah gagal meminta wang RM150, Isnin.

Ketua Polis Miri ACP Khoo Leng Huat berkata bapa suspek yang berusia 50 tahun membuat laporan polis setelah suspek berjumpa dengannya pukul 6.37 petang untuk meminta RM150.

"Suspek ugut untuk memukul pengadu sekiranya enggan memberi duit," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.

Khoo berkata suspek ditangkap pada pukul 9.30 malam tadi di sebuah stesen minyak di Taman Tunku di sini.

"Turut dirampas daripada suspek ialah sebuah telefon bimbit dan spanar," katanya seperti dilaporkan Bernama.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan jenayah.

Anak Pukul Bapa

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain