suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lima Rakan Didakwa Edar Hampir 5.9kg Dadah

KUALA LUMPUR: Lima rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Selayang di sini Isnin atas pertuduhan mengedar hampir 5.9kg methamphetamine pada 14 Februari lepas.

Pertuduhan terhadap E.Saravanan, 38, S.Kumanan, 35, E. Harri Bhaaskhar, 34, N.D.Anantha Raj, 38, dan M.Murusumaran, 36, dibacakan di hadapan Majistret Nurul Izzah Hasan Basri.

Tiada pengakuan direkodkan daripada kelima-lima lelaki itu kerana kes berkenaan merupakan bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mereka dituduh bersama-sama mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 5,862 gram di premis kilang, di Jalan SMS, Seksyen 19, Kawasan Perindustrian Rawang, Rawang Perdana, pada 1.10 pagi, 14 Februari lepas.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum nmenurut Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Inspektor Muhammad Faiz Abu Samah manakala Harri Bhaaskhar, diwakili peguam Tiew Poh Nee.

Empat lagi tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan 24 April untuk sebutan semula kes. - BERNAMA

edar dadah

Artikel Lain