suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sebutan Semula Kes CEO Didakwa Pecah Amanah 29 Mac

PETALING JAYA: Mahkamah Sesyen di sini Isnin menetapkan 29 Mac ini untuk sebutan semula kes seorang ketua pegawai eksekutif (CEO) sebuah syarikat pembekal minyak kapal terbang bergelar Datuk Seri yang didakwa atas pertuduhan pecah amanah lebih RM300,000.

Hakim Hilmiah Yusof menetapkan tarikh itu selepas kes berkenaan disebut dihadapannya.

Pada 15 Disember tahun lepas, tertuduh Datuk Seri Anuar Ghazali, 47, mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan melakukan pecah amanah iaitu dengan curangnya menggunakan lima keping cek berjumlah RM306,000 milik syarikat Carrier Corp Petroleum Sdn Bhd.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di syarikat tersebut di D-09-10, Jalan PJU 1A/7, Ara Damansara di sini antara 8 pagi hingga 5 petang, pada 26 November hingga 23 Disember tahun lalu.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan sebat dan boleh juga dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Shafiq Hasim manakala Wan Azmir Wan Majid mewakili Anuar. - BERNAMA

CEO, pecah amanah

Artikel Berikut

Artikel Lain