suria

Murid Tahun Lima Ditemukan Lemas

PASIR PUTEH: Seorang murid Sekolah Kebangsaan Gaal, Adam Mukhriz Hasmi, 11, ditemui lemas ketika mandi bersama rakan-rakannya di sungai Kampung Gaal di sini, pada Khamis.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Penolong Penguasa Bomba Azhar Elmi Mustofar berkata mayat mangsa dijumpai di dasar sungai berkenaan oleh anggota bomba dan penyelamat pada pukul 7.11 malam.

"Ketika kejadian pukul 6.30 petang, mangsa mandi bersama-sama rakan-rakannya di sungai berkenaan sebelum dihanyutkan arus," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Jumaat.

Azhar Elmi berkata rakan mangsa cuba menolong namun gagal dan mereka kemudiannya memberitahu penduduk kampung sebelum menghubungi pihak bomba.

Katanya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Anis di sini untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada keluarga untuk dikebumikan di kampung berkenaan hari ini.

Murid Lemas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain